keindahan kehidupan

keindahan kehidupan

Sunday, May 8, 2011

MENCARI PUTERA YANG HILANG

aku hanya insan biasa yang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Aku juga wanita yang menjadi fitrahnya memerlukan perlindungan dan kasih sayang serta perhatian. Namun aku bukan ingin menagih sesuatu yang bukan dicipta untukku. Perjalanan hidupku tidak pernah lari dari delima dan ujian takkala aku berada di persimpangan. Aku sangat memerlukan seorang insan yang mampu memimpinku ke jalan yang benar dan membantuku memilih jalan yang mana perluku lalui agar aku tidak memilih jalan yang salah.Tapi aku lebih takut untuk memilih teman hidupku kerana apa yang aku lihat banyak pendustaan yang dilakukan oleh putera yang pernah ku dambakan.
Di mana puteraku???
PuterA yang dulunya berani mempertahankan Agamanya, yang meletakkan Cinta Allah yang utama dihatinya, yang melindungi maruah sang puteri dari di noda, yang syahid di medan peperangan, yang menentang kezaliman.
Dimana puteraku yang pernah memimpin ribuan tentera menentang musuh-musuh Islam????
Bukankah kamu yang dulunya membuka kota-kota Islam yang baru???
Di mana kamu puteraku????
Bukankah kamu pernah berjanji untuk mempertahankan CINTA SUCI ini dari noda-noda kekufuran dan kemaksiatan????
Kemana hilangnya CINTA dihatimu itu untuk Allah dan Rasulnya???
Adakah kau masih mengejar cinta dunia????
Putera ku jangan kau leka dengan kepalsuan cinta dunia kerana kelak kau yang terluka???
Puteraku....
Kau yang ku harap dapat melindungi kami puteri-puterimu yang lemah tak terdaya ini....
Kau yang ku damba untuk memimpin kami..bukankah kau kau mampu memimpin dunia suatu ketika dulu???
Wahai puteraku kembalilah...kembalilah...Aku sentiasa menantimu untuk kita bersama berjuang demi Agama kita dan mengembalikan kegemilangan Agama kita " ISLAM"
WAHAI PUTERAKU AKU SENTIASA MENUNGGUMU.




2 comments:

  1. well you know me...huhuhuhuhuh...tapi sekarang memang aku sedang mencari sang putera...huhuhuhu

    ReplyDelete