keindahan kehidupan

keindahan kehidupan

Tuesday, February 22, 2011

PERSINGGAHAN SEBUAH PERJALANAN

Hidup ini hanya suatu singgahan sebelum kita tiba ke suatu destinasi yang hakiki. Namun persinggahan ini sungguh perit untuk diharungi kerana terlalu banyak duri yang menyakitkan perlu dilalui. Itulah kehidupan yang sebenar. Terlalu pahit untuk ditelan dan terlalu sakit untuk disimpan. 
Walau sedetik waktu berganjak ia mampu membawa seribu perubahan kepada manusia. Begitu jua kaki yang melangkah setapak kehadapan mampu membawa seseorang menuju ke destinasi yang berbeza. Kita pasti akan berada di sebuah persimpangan dalam perjalanan kehidupan ini namun jalan yang manakah yang akan kita pilih?
Di sinilah kita akan diuji.