keindahan kehidupan

keindahan kehidupan

Monday, December 31, 2012

mimpi jadi realiti !!!

Alhamdulillah dengan izin Allah thun segala apa yg aku impikan, Dia telah berikan...ops bukan pasangan hidup yer...huhuhu....tapi bila diingat-ingat kembali, semuanya macam sebuah mimpi jerk.....Aku bersyukur sangat2... Akhirnya.....for the first time in my life,i flied to Jakarta...and yang paling aku teruja dapat naik flight...huhuhuhu macam sukun jugaklahkan...first time katakan....huhuhuhu The second thing last year,aku dpat gi melencong....nak tau ke mana???? ke Cameron Highland jerk ...maybe macam biasa-biasa jerk but for me it something very2 special.... wahh!!!!wahhh!!! wahhhh!!! tu jerk yang aku asyik sebut.....hahaha.....memng jadi sukunlankan...tapi Syukur sangat2...after this aku nak simpan banyak2 money then bawa femly aku holiday together...Ya Allah moga aku dapat capai matlamat aku ini dan cita2 aku semua jadi kenyataan...amin... Ya Allah permulaan tahun masihi ini menjadikan aku insan yang lebih baik dan aku lebih dekat kepadaMu....Amin...
---wahhh indahnya ciptaanNya ini...lepas ni aku nak gi melawat seluruh dunia pulak...hihihihi-

Thursday, June 9, 2011

SATU UJIAN



Ya Allah penatnya hari ini.... tiada apa perasaan yang dapat menggambarkannya.... kepenatan yang membuat aku rasa ingin menangis.... Tapi bukan keletihan luaran yang begitu membebankan tapi kepenatan didalam jiwa yang tak mampu untuk diluahkan... Dua tiga hari ini aku sering didatangi beberapa masalah yang amat berat untuk dipikul...mungkin bagi orang lain itu perkara mudah tapi tidak bagi aku... Ya sesungguhnya aku tahu setiap manusia itu berbeza tapi perbezaan itu bukan suatu penyebab untuk saling salah-menyalahkan tapi saling menghormati...jika tidak pasti ramai hati yang terluka tanpa kita perasan... bukan itu saja, kita akan melonggarkan suatu ikatan yang telah tersimpul rapi...
YA ALLAH AKU RASA SANGAT LETIH... DAN TIADA PERASAAN LAIN YANG DATANG DALAM DIRI INI KECUALI RASA NAK MENANGIS.....APA PERLU AKU LAKUKAN????????

Wednesday, May 11, 2011

MANUSIA LEBIH MENAKUTKAN

SALAM KEPADA SEMUA YANG TERJUMPA BLOG INI....HIIIIIIHIHIHIIHIHI
Hari aku nak share satu perkara yang paling menakutkan....wajah manusia yang sebenar...Aku rasa manusia itu sangat menakutkan...Bahkan aku rasa lebih menakutkan dari haaaannnntuuuu......
Hobi aku kot suka tengok gambar yang aku minat macam gambar artis2 korea terutamanya...Lagi2 Hero2nya ...hu...hu...hu.....sehinggalah aku buka gambar artis wanita korea... Akupun terbuka tajuk "actress korean surgery before and after....
Fuh...fuh...fuh... terkejut tahap giler aku tengok....macam tengok hantu....menakutkan....bagi akulah...muka mereka yang cantik sekarang sangat2 berbeza dengan muka yang asal...aku macam tak percaya...INILaH TANDA_TANDA akhir zaman...aku bagaikan tak percaya dengan apa yang aku tengok...
SUBHANALLAh.....mata yang bulatt dan cantik tapi realitynya semua itu palsu....jadi siapa mereka yang sebenarnya???? Aku rasa mereka itu berlakon dan pelakon yang terbaik seantaro dunia...hi...hi...hi...sehingga akupun boleh tertarik dan tertipu dengan semua kecantikan mereka...ooooohhhhhh tidak!!!!!!aku jatuh minat pulak kat mereka....ooooohhhh tidak!!!!!!!
tapi mereka memang cun lagi hero cute face pulak tu....
tapi aku dapat rasakan yang mereka punya percintaan tak seindah apa yang mereka lakonkan dalam cerita.... sebab mereka tidak mengenali wanita itu sebenarnya dan jatuh cinta pada kecantikan yangf disurgery jerk...
Ada yang lagi pelik... ada yang dah kahwin tapi melakonkan babak yang tak sepatutnya... pasangan diorang tak cemburu ker?????? kalau aku aku rasa aku dah cabut...atau aku better aku cari lain...( aku ni kuat cenburu...tak boleh bla) Seminggu aku taknak cakap ngan dia...hu...hu...hu..
KOrang yang kat luar sana tu...kena bersyukur dengan segala yang ada...even muka banyak jerawat macam aku sekalipun korang tetap cantik sebab Allah menciptakan manusia itu yang terbaik....
Even muka kita tak cantik ( aku ni sedar diri) tapi sekurang-kurang tetap ada yang suka kat kita....sebab kita ada sesuatu yang lebih cantik iaitu HATI YANG CANTIK (macam aku hu...hu...hu..) Kalau muka cantik hati macam BEAST buat apa...buat habis boras jer...
MEREKA yang buat surgery tu ingat-ingatlah kecantikan itu sementara dan tak kekalpun sampai tua...yang berhasrat nak buat surgery tu fikir-fikirlah... sebab pasti ada effect di kemudian hari...kalau nak cantik amik air sembahyang banyak...banyakkan sembahyang sunnat sebab salah satu tips muka berseri sentiasa menghadakan muka kat kiblat.... lagi satu muka yang berseri dan cantik datangnya dari hati yang suci....
Tapi betullah sebab ramai yang aku jumpa yang jaga hati dan dirinya memang cantik2...sebenarnya dalam Islam dah mengajar kita macam mana nak jaga kecantikan diri....Semuanya melalui pemakanan kita dan penjagaan kesihatan kita disamping Ibadah kita jua...
INGTLAH kecantikkan luaran itu tidak kekal dan tiada nilainya tapi KECANTIKKAN HATI ITU LEBIH SUCI DAN AKAN TERPANcAR PADA WAJAH SERINYA...
ok.....^_^ sama-sama kita beringat antara satu sama lain...( merubah ciptaan ALLAH adalah berdosa lagi2 buat surgery kerana kita bagai tidak mensyukuri akan nikmatNya)

Sunday, May 8, 2011

MENCARI PUTERA YANG HILANG

aku hanya insan biasa yang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Aku juga wanita yang menjadi fitrahnya memerlukan perlindungan dan kasih sayang serta perhatian. Namun aku bukan ingin menagih sesuatu yang bukan dicipta untukku. Perjalanan hidupku tidak pernah lari dari delima dan ujian takkala aku berada di persimpangan. Aku sangat memerlukan seorang insan yang mampu memimpinku ke jalan yang benar dan membantuku memilih jalan yang mana perluku lalui agar aku tidak memilih jalan yang salah.Tapi aku lebih takut untuk memilih teman hidupku kerana apa yang aku lihat banyak pendustaan yang dilakukan oleh putera yang pernah ku dambakan.
Di mana puteraku???
PuterA yang dulunya berani mempertahankan Agamanya, yang meletakkan Cinta Allah yang utama dihatinya, yang melindungi maruah sang puteri dari di noda, yang syahid di medan peperangan, yang menentang kezaliman.
Dimana puteraku yang pernah memimpin ribuan tentera menentang musuh-musuh Islam????
Bukankah kamu yang dulunya membuka kota-kota Islam yang baru???
Di mana kamu puteraku????
Bukankah kamu pernah berjanji untuk mempertahankan CINTA SUCI ini dari noda-noda kekufuran dan kemaksiatan????
Kemana hilangnya CINTA dihatimu itu untuk Allah dan Rasulnya???
Adakah kau masih mengejar cinta dunia????
Putera ku jangan kau leka dengan kepalsuan cinta dunia kerana kelak kau yang terluka???
Puteraku....
Kau yang ku harap dapat melindungi kami puteri-puterimu yang lemah tak terdaya ini....
Kau yang ku damba untuk memimpin kami..bukankah kau kau mampu memimpin dunia suatu ketika dulu???
Wahai puteraku kembalilah...kembalilah...Aku sentiasa menantimu untuk kita bersama berjuang demi Agama kita dan mengembalikan kegemilangan Agama kita " ISLAM"
WAHAI PUTERAKU AKU SENTIASA MENUNGGUMU.




Tuesday, February 22, 2011

PERSINGGAHAN SEBUAH PERJALANAN

Hidup ini hanya suatu singgahan sebelum kita tiba ke suatu destinasi yang hakiki. Namun persinggahan ini sungguh perit untuk diharungi kerana terlalu banyak duri yang menyakitkan perlu dilalui. Itulah kehidupan yang sebenar. Terlalu pahit untuk ditelan dan terlalu sakit untuk disimpan. 
Walau sedetik waktu berganjak ia mampu membawa seribu perubahan kepada manusia. Begitu jua kaki yang melangkah setapak kehadapan mampu membawa seseorang menuju ke destinasi yang berbeza. Kita pasti akan berada di sebuah persimpangan dalam perjalanan kehidupan ini namun jalan yang manakah yang akan kita pilih?
Di sinilah kita akan diuji.